Thursday, February 16, 2012

emosi


Saban hari aku merenung diri dan sekeliling. Persekitaranku tak banyak berubah, tak seiring dengan beralihnya waktu. Ruangku beku, kaku, membatu. Aku tersekat di tempat ku berdiri. Masa depan dan masa lalu terhenti seketika disaat ini, mengkirakan kemana arah tujuan seterusnya.

Aku bosan sebenarnya. Bosan dan malas. Adakah itu sesuatu yang buruk. Aku tak ingin lagi cuba merubah diriku menjadi rajin, mengikut pandangan majoriti. Perubahannya tak akan kekal. Ahh! Bosan. Bosan. Bosan. Jalan hidup yang mendatar membuatku mengantuk. Kukira ku boleh tidur dari Jumaat ke Ahad.

Aku bukanlah seorang adventur tapi entah kenapa aku rasa resah. Ada sesuatu yang meragut passion ku. Terasa berat kaki ini untuk melangkah seolah diikat bebola besi. Kedengaran seperti omongan kosong. Biarlah, aku juga perlukan ruang ekspresi.

Sistem meragut impianku. Fikiranku dibatasi normaliti. Kehendak duniawai mengatasi keperluan rohani. Free choice is an illusion. More and more we are succumbing to the system. Semakin hari kita semakin sama. Pilihanku dibentuk kehendak sekeliling. Tindakanku diatur keadaan semasa. Fikiranku mengikut media massa. Aku...hanyalah interpretasi kepada normaliti ruang dan masa sekarang.

Aku yang hakiki hanya wujud didalam mimpi. Mungkin sebab itu aku suka tidur.

No comments: